Friday, 16 September 2016

5 Petua Hilangkan Bau Kaki



Anda ada masalah bau kaki? Tidak tahu bagaimana cara ingin hilangkan bau yang tidak menyenangkan itu? Pakai je kasut nanti mesti berbau , ya tak? Usah bimbang, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Disini, ada 6 petua yang anda harus amalkan untuk elak daripada masalah kaki berbau. Jom kita usha apa petua tersebut!
1. Rendam
Sediakan air di dalam besin dan letakkan bunga ros, kekwa serta limau purut. Rendamkan kaki selama 10 minit. Campur sekali garam bukit.
2. Buang Daki
Ambil limau purut yang direndam bersama air tu, sental di tapak kaki dan juga di sekelilingnya hingga mengeluarkan daki.
3. Berus
Setelah siap sental dan agak-agak dah bersih, keluarkan berus bagi meghilangkan kotoran di bahagian kuku dan kaki.
4. Urut
Sapu Losyen dan lakukan sedikit urutan di bahagian tapak kaki
5. Semburan
Sembur sedikit pewangi bagi memberikan kesegaran.
Amalkan selalu ya? Insyaallah pasti hilang masalah bau kaki anda. Selamat mencuba!
Sumber MediaSosial Kini

Elakkan Dari Kanak-Kanak Duduk Dalam Posisi Ini

Elakkan Dari Kanak-Kanak Duduk Dalam Posisi Ini



Kita biasanya sering melihat anak –anak kecil termasuk anak sendiri duduk dengan melipatkan kaki ke belakang dan seolah-olah membentuk abjad W ketika mereka bermain atau duduk di lantai.
Jika anak kecil yang berumur bawah dua tahun duduk seperti cara ini mungkin ianya di anggap perkara biasa tetapi jika cara duduk itu menjadi kebiasaan dan berterusan sehingga usia lebih dari 2 tahun ianya boleh memberikan kesan kepada perkembangan pergerakan kanak-kanak.
Cara duduk ini sebenarnya akan menambah tekanan di bahagian bawah tubuh kanak-kanak kecil hingga boleh merosakkan perkembangan kekuatan otot dan boleh menjejaskan aktiviti melompat dan berlari.Cara duduk seperti ini akan mengetatkan otot kaki, pinggul dan buku lali sehingga boleh mendatangkan masalah kedudukan sendi pinggul. Masalah ini akan menjejaskan aktiviti berjalan dan hilang keseimbangan bagi si kecil anda.
Kalau anda sering terlihat sikecil anda selalu duduk dalam keadaan begini, minta dia untuk mengubah kedudukannya dengan menyuruhnya duduk di atas kerusi ataupun duduk dalam keadaan bersila bagi membantu perkembangan pembentukan tubuh badan mereka.
Sumber Sinar Harian

Thursday, 15 September 2016

Sebelum Mata Jadi Buta, Baik Guna Tips Pakai Contact Lens Ni

Sebelum Mata Jadi Buta, Baik Guna Tips Pakai Contact Lens Ni

Sekarang ni contact lens seolah-olah menjadi pelengkap untuk penampilan diri. Tak kisahlah guna contact lens untuk tujuan kecantikkan mahupun pengganti cermin mata untuk yang rabun.

Pandai guna tapi tak beri perhatian dari segi kebersihan serta penjagaan mata boleh mengakibatkan masalah mata dan boleh menyebabkan buta tau.

Cara-cara untuk mengurangkan risiko jangkitan mata terhadap penggunaan contact lens:


1. Masa tidur

Elakkan dari menggunakan contact lens semasa tidur. Tidur bersama contact lens boleh menambahkan risiko jangkitan pada kornea mata. Kanta sentuh tidak patut dipakai melebihi 10-12 jam sehari.


2. Ketika berenang

Menggunakan contact lens ketika berenang bukanlah satu tindakan yang bijak. Kolam renang dan air paip mengandungi pelbagai mikroorganisma (organisma halus yang hanya dapat dilihat menggunakan mikroskop).


3. Kebersihan

Pengguna kanta lekap perlu berdisiplin dalam penjagaan terutama aspek kebersihan:

1. Jangan pakai contact lens di dalam bilik air. Tempat yang lembab dan basah, merupakan tempat pembiakan mikroorganisma.

2. Lepas cuci tangan, jangan terus pakai contact lens tu. Pastikan tangan kering sebelum anda menyentuh contact lens itu.

3. Gunakan cecair pencuci khas untuk mencuci contact lens tersebut. Semasa membersihkan contact lens, pastikan anda menggosok contact lens tersebut dengan tapak tangan untuk menanggalkan kekotoran yang melekat. Rendam dengan cecair sahaja tidak mencukupi untuk membersihkannya

10 Tips Ni Boleh Selamatkan Phone Anda Kalau Basah. Guna Hairdryer Salah Tau!

10 Tips Ni Boleh Selamatkan Phone Anda Kalau Basah. Guna Hairdryer Salah Tau!




Oleh: Aimi Nordin Sumber: Brightside
Phone basah memang perkara yang selalu terjadi terutama sekali apabila kita cuai. Tapi kami jumpa 10 tips yang membantu menyelamatkan phone anda. 
1. Angkat secepat yang mungkin dan matikan terus telefon bimbit anda
2. Dah off, buka bateri dan lap keseluruhan telefon bimbit untuk elakkan kerosakan dalaman
3. Keluarkan sim card dan lap. 
4. Cabut casing, earphone, memory card atau apa sahaja yang menghalang telefon bimbit untuk kering
5. Kalau ada vacuum, gunakan vacuum untuk sedut segala air yang menyukarkan untuk ia kering dalam masa 20 minit
6. JANGAN GUNAKAN HAIRDRYER 
7. Boleh juga rendamkan telefon bimbit anda dalam beras. Tapi ini memakan masa selasa 2-3 hari. Boleh juga gunakan silica gel. Haa banyak tau kegunaan silica gel ni.
8. Letakkan bawah panas matahari supaya ia kering secara semula jadi
9. Bila dah pasti telefon bimbit anda dah kering, segala compartment dah kering, cuba on semula. 
10. Jika telefon dah kering tapi tak boleh on, mungkin bateri anda kehabisan. Cas dulu. 


Gambar-Gambar Perangai Manusia Yang Pasti Membuat Anda Geleng Kepala

Gambar-Gambar Perangai Manusia Yang Pasti Membuat Anda Geleng Kepala